Thursday, July 15, 2010

SIRAP BANDUNG SODA

Sirap Bandung Soda
Ahhhhhh....sedapnyaaa....nyamannnyaaa....legaaanyaaaa... hmmm tak terliur ke anak tekak u all tengok sirap bandung soda tuuu, mesti ada yang tergoda kann, nampak mengiurkan dan seksi kan, tu belum masuk dalam tekak..lagi2 lah time cuaca hangat macam sekarang nih. Mat buat ni sebab tak tahan pulak tengok keayuan sirap bandung soda kat blog "Kak Zura, Warisan Iskandar Puteri"...meleleh u air liurrr...buat dia senang sangat, dan rasa dia hmmm, mabelessss!!...Tak caya, ok lepas ni pi try buat, kalau nak tau sedap ke tak...Resipi mat kopi pes dari blog kak zura jee lah...minta halal yea kak, dan terima kasih, moga niat murni kak zura akan memberi lebih banyak kesedaran pada generasi2 muda zaman sekarang ni, untuk maklumat lanjut boleh klik sini.....Ok jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (mat syorkan guna susu sejat IDEAL)
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda (mat letak 3/4 tin)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kuib air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
  2. Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya

Oktober 2024